Monday, August 6, 2012

Hari ini dan Percayalah..

hari ini
aku tahu
lokasi aku mencari rezeki
dan hari ini juga
air mataku mengalir

mengapa hari ini ??
hari ini
aku bertekad
walau pun pencarianku 
tidak memberi pulangan lumayan
tapi kau pasti
rezeki yang diberkati oleh Allah S.W.T
akan melengkapkan segala keperluan

hari ini
aku memohon maaf di dalam hati
buat bapa dan mama
kerana terkasar bahasa
tertinggi suara

bukan niatku 
mahu melawan
mahupun ingin menyalahkan

cuma aku
inginkan
tiupan semangat
bukan kerisauan yang dipamerkan

kerana ini
bisa membuat ragaku bertambah sakit
percayalah padaku
mama dan bapa
aku pasti bisa melakukannya

maafkan kesalahanku
aku tahu pasti rumit bagi kalian memikirkan segalanya
tapi aku adalah seorang yang bernama Jariah
Jariah untuk semua
percayalah.....

No comments:

Post a Comment

Hai! (^-^)
Kalau Sudi boleh saja Komen! ^^