Monday, June 9, 2014

by hand Nur Syahadah

Assalamualaikum !!! Hai !
Hari ni saya berfikir apa agaknya yang saya nak kongsi d belog saya ne .
akhirnya saya ambik keputusan untuk nak buat cerpen
hehehe ^-^

Oleh kerana sejak kecil saya memang suka buat cerita-cerita .
ada tu buku conteng-conteng saya guna untuk buat cerpen .
hahaha
buat cepat habis helaian jaa.
walhal mama bapa belikan buku tu untuk buat latihan sekolah !!
hihihi


hm.. saya cuma nak buat sesuatu yang saya boleh sharekan .
saya suka menulis ^-^
itu Hobi sejak kecik !

ada sesiapa yang nak baca tak nanti ??
kalau sudi silalah baca !! hehe 



kisah seorang itu~




Di dalam kelas Tingkatan 3 Mutiara~

"Alyana! kenapa ko tak pakai tudung hah? ko kan orang islam?"

 hebat pertanyaan Eva kepada Alyana. 

"Er..er.. sebenarnya.. saya sengaja. Nanti-nanti saya pakailah."
 jawab Alyana yang sedikit gugup dengan pertanyaan Eva yang dirasakannya tidak perlu. lagipun Eva bukannya seorang muslim.

"Alyana, ko tak takut dosa ke? cuba ko tengok kawan-kawan kamu yang muslim.. semuanya pakai tudung.. saya rasa lebih baik ko pakai tudung.." 
nasihat Eva itu disertakan dengan kening yang terangkat. begitu perihatin nampaknya.

Alyana yang terasa malu tidak tahu ingin menjawab apa lagi, memang ada benarnya kata-kata Eva.
 'ish! penyibuk betullah Eva sekor ne. dia bukannya muslim pun, baginya soal memakai tudung atau tidak terpulang kepada dirinya sendiri.

"Em..nanti lah saya pakai ok? hehe.." jawab Alyana dengan senyuman yang malu-malu kepada kawannya Eva.

"ingat! esok ko mesti pakai tudung pergi sekolah.. faham?" Amaran keras Eva disertakan dengan pandangan mata yang tajam.

"ok..ok.. yalah..jangan risau lah!" jawab Alyana dengan rasa tidak puas di hati.

                             -------------------------------------------------------------------
                Dalam perjalanan balik ke rumah Alyana masih teringat-ingat dengan amaran dan nasihat Eva di kelas tadi. sambil itu dia membelai-belai rambutnya yang panjang hampir mencecah ke punggung itu. 

'nanti saya masih cantik lagi ke kalau pakai tudung? lagipun wajah saya ni nampak cantik saja bila diikat tocang macam ni..' monolog Alyana di dalam hati.

tiba-tiba..."Pukk!!!"sebiji batu tepat terkena di kepalanya. kepala Alyana terasa sangat sakit, rasanya hampir berpinar-pinar sebentar pandanga Alyana.

"aduh...siapa yang buat ne..sakit lah.."
kata Alyana sambil menggosok-gosok kepalanya. Alyana memandang ke bawah dan cuba mencari benda yang telah sesuka hatinya menyerang kepalanyanya.

 'huh! rupa-rupanya batu? patulah sakit sangat.. siot!'
 pada waktu itu juga terdengar dari arah belakang tawa yang amat dikenalinya. sepantas kilat Alyana menoleh ke belakang.

"hakim! ko ke yang humban kepala saya tadi? kenapa asyik nak cari pasal dengan saya?" pertanyaan Alyana disusuli dengan tawa yang berdekah-dekah dari Hakim. Lagaknya seperti orang yang tidak ada perasaan.

"hoi minah!suka hati saya lah nak kacau ke tidak. Lagipun siapa suruh tak pakai tudung?" jawab hakim dengan gaya yang menyampah.

"Suka hati sayalah Hakim! ada ke saya susahkan ko? ko ni memang nak cari nahas kan?" balas Alyana dengan marah.

Jawapan Alyana itu disambut dengan ketawa beramai-ramai daripada Hakim dan kawan-kawannya.

"Maaflah cik Alyainaaa.. saya sangat tak suka ok?" balas Hakim pula.

'huh, kurang di ajar budak ni. Dia ingat mentang-mentang dia lelaki saya takut lah? Piii..lah...' monolog Alyana di dalam hati.

"Sorry lah Hakim, saya tak ada masa nak layan lawak ko yang tak lawak langsung tu. Tolong jangan kacau saya ok?" kata Alyana sambil berlalu pergi dengan hati yang membara. Dalam hati Alyana berkata 'apasal hari ini semua orang cakap pasal tudung?'

---------------------->> bersambung

No comments:

Post a Comment

Hai! (^-^)
Kalau Sudi boleh saja Komen! ^^